Zikir Kanak Kanak


Keindahan roh ialah merupakan nikmat yang sangat berharga yang ditargetkan oleh setiap muslim dan muslimat. Allah Subhanahu Wata'ala telah mengatakan di dalam Al-Quran kepada hamba-hambaNya bahawa keindahan dan ketenteraman jiwa itu boleh diperolehi melalui berzikir mengingati Allah Subhanahu Wata'ala.

Berzikir atau zikir Allah merupakan ibadah bagi kita mengingati Allah Subhanahu Wata'ala dengan memuji kebesara seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan sebagainya sama ada dilakukan dengan hati ataupun dengan lisan. Ia merupakan ibadah yang dituntut melakukannya pada setiap masa.

Adapun pengertian zikir dari segi Bahasa merupakan mengingati. Manakala dari segi istilah pula zikir merupakan mengingati Allah Subhanahu Wata'ala pada setiap waktu dan tempat dengan cara-cara yang diajar oleh syarak sama ada dengan ucapan, perbuatan atau dengan hati.

Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala menyebabkan seseorang melakukan suruhannya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala juga merupakan satu usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala, dan Allah Subhanahu Wata'ala juga memerintahkan kepada hambaNya untuk sentiasa mengingatinya

Untuk kanak kanak ada channel youtube yang membuat video zikir kanak kanak yang menarik dan sedap didengar. Semoga semua murid dapat mendengar zikir ini dengan teliti.