Keindahan roh melambangkan nikmat yang sangat beruntung yang diimpikan oleh setiap insan. Allah Subhanahu Wata'ala telah berkata di dalam Al-Quran kepada manusia-manusia bahawa kemulian dan ketenteraman jiwa itu boleh diperolehi hanya dengan berzikir mengingati Allah Subhanahu Wata'ala.
Berzikir atau zikir Allah ialah merupakan ibadah kepada kita mengingati Allah Subhanahu Wata'ala dengan memuji kebesara seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan sebagainya sama ada dilakukan dengan hati ataupun dengan lisan. Ia merupakan ibadah yang dituntut melakukannya pada setiap masa.
Adapun pengertian zikir dari segi Bahasa ialah merupakan mengingati. Manakala dari segi istilah pula zikir ialah merupakan mengingati Allah Subhanahu Wata'ala pada setiap saat dan tempat dengan cara-cara yang diharuskan oleh syarak sama ada dengan ucapan, perbuatan atau dengan hati.
Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala mendorong seseorang melakukan suruhannya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala juga adalah satu usaha yang sukses untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala, dan Allah Subhanahu Wata'ala juga memerintahkan kepada hambaNya untuk sentiasa mengingatinya
Untuk kanak kanak ada channel youtube yang membuat video zikir kanak kanak yang menarik dan sedap didengar. Semoga semua murid dapat mendengar zikir ini dengan teliti.