Zikir Kanak Kanak


Keindahan hati nurani menunjukkan nikmat yang sangat bernilai yang diimpikan oleh setiap muslim dan muslimat. Allah Subhanahu Wata'ala telah menjanjikan di dalam Al-Quran kepada makhluk-makhluk bahawa kemulian dan ketenteraman jiwa itu boleh diperolehi hanya dengan berzikir mengingati Allah Subhanahu Wata'ala.

Berzikir atau zikir Allah ialah ibadah untuk kita mengingati Allah Subhanahu Wata'ala dengan memuji kebesara seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan sebagainya sama ada dilakukan dengan hati ataupun dengan lisan. Ia merupakan ibadah yang dituntut melakukannya pada setiap masa.

Adapun pengertian zikir dari segi Bahasa adalah mengingati. Manakala dari segi istilah pula zikir merupakan mengingati Allah Subhanahu Wata'ala pada setiap waktu dan tempat dengan cara-cara yang diharuskan oleh syarak sama ada dengan ucapan, perbuatan atau dengan hati.

Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala mengakibatkan seseorang melakukan suruhannya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala juga ialah satu usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala, dan Allah Subhanahu Wata'ala juga memerintahkan kepada hambaNya untuk sentiasa mengingatinya

Untuk kanak kanak ada channel youtube yang membuat video zikir kanak kanak yang menarik dan sedap didengar. Semoga semua murid dapat mendengar zikir ini dengan teliti.